Program Disiplin Sahsiah Unggul Anjuran PIBG SK Sungai Binjai dan Sekolah Kebangsaan Sungai Binjai
30 Julai 2025
"Alhamdulillah! Tirai program Ceramah Disiplin Dan Sahsiah telah pun melabuhkan tirainya dengan jayanya. Di bawah bimbingan Tuan Koperal @azmilcombat yang penuh wibawa, program anjuran PIBG, Unit Disiplin, Pengawas, dan Kaunseling SK Sungai Binjai ini telah berlangsung dalam dua sesi yang memukau – pagi dan petang, menyinari seluruh warga sekolah. Semoga setiap mutiara ilmu dan tunjuk ajar yang disampaikan akan terus menyemarakkan semangat anak-anak SK Sungai Binjai, melonjakkan mereka ke mercu kecemerlangan yang tak terhingga, gemilang, dan terbilang!"
Program PIBG ini telah diketua oleh Puan Shazrina
Tahniah pada semua AJK PIBG , Pentadbir Sekolah, Guru Guru Serta Anak Anak SK Sungai Binjai Klang




Comments
Post a Comment